Wednesday, June 10, 2009

Harus belajar menangani perasaan itu...

Tuhan ciptakan setiap manusia dengan keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri..Menzahirkan satu perasaan yang sangat indah, lahir dari sebentuk hati yang sangat suci dan murni..Segala macam perasaan itu akan kekal abadi dalam jiwa yang boleh dibaca melalui setiap perbuatan dan tingkah laku kita..
Aku sendiri sebagai manusia tidak penah lepas dari melakukan kesilapan..Kesilapan yang aku sendiri sedar akan kesannya dan kesilapan yang mungkin aku sendiri tak sedar yang sebenarnya perbuatan aku itu salah..Dan rasa yang ada dalam hati aku ini pun selalunya bermacam-macam..Terlalu cepat untuk menilai orang lain dengan hanya memandang faktor luarannya saja..Dan terus-terus saja mengambil satu tindakan yang bodoh..Tanpa usul periksa dan mengambil kira kenapa dan bagaimana..
Mungkin banyak benda yang berlaku pada hidup aku kebelakangan ni..Dan mungkin saja aku amat terdesak dan bingung dengan sekeliling, terus buat fikiran aku sering tak rasional dan tertutup..Aku tak tau apa yang bakal aku harungi di masa hadapan selagi aku tidak belajar untuk mengatasi segala kelemahan aku pada hari ini..Kerana aku tau, cabaran dan halangan di masa depan maha hebat dan aku perlukan kekuatan dan sokongan dari semua orang yang aku sayang..Dan aku amat sayangkan keluarga aku..Adik beradik aku..Selagi aku belum berkahwin, hanya pada merekalah tempat aku mengadu nasib dan mencurah rasa..Hmmm..Kalau dulu waktu aku berkawan dengan lelaki yang terlalu mementingkan keluarganya sendiri daripada aku sebagai buah hatinya sendiri di ketepikan..hanya sebab masanya yang lebih kepada keluarga daripada masanya dengan aku..dan aku amat marah dan kecewa sgt..dan disebabkan itu jugalah kami putus sebab aku sendiri tak pandai nak kawal perasaan yang aku rasa sgt teruk tu..dan sekarang baru aku tau kenapa keluarga perlu diutamakan dahulu dr perkara yang lain-lain..Dan terima kasih aku pd dia yang secara tak langsungnya aku belajar untuk menghargai masa dan saat-saat indah aku dengan org2 yang aku sayang walaupun perhubungan putus sekerat jalan..Dan memang ternyata pengalaman dalam kehidupan kita ni sungguh2 dapat mengajar erti kematangan dan kedewasaan akal fikiran kita..kalau hidup kita tegak dan lurus jek xde bengkang bengkoknye, xde lecak ke, xde lubang ke..tak mungkin kita boleh sampai ke hari ni dengan kejayaan yang diri sendiri boleh banggakan..bukan orang lain, tapi DIRI SENDIRI..Kerana diri itu sungguh berharga..
P/s : Kepada kawan-kawan aku, kalau adalah salah aku terhadap korang haraplah dimaafkan dan percayalah aku sayang korang....:) luv u all

No comments:

Post a Comment